Thursday, February 27, 2014

Gambar Anak-Anak bersama Bapaknya.

 Selalunya sesi melepak anak beranak macam ni terjadi di hari weekend je..

Sekejap je budak-budak ni dah besar.. Aleesya pon dah besar.. tak lama lagi dah pandai berjalan.. huwaaaa takde baby nak digendong dah :(


Tu diaaa.. Kasih pon dah join.. 


Alhamdulilah ada 3 anak perempuan penghibur kat rumah nie.. Masing-masing ada character masing-masing.. memang seronok lah jugak melayan.. 

Sebenarnya aku tak de idea.. tengok gambar diorang tu terus rasa macam feeling sayu.. kopehal nak sayu-sayu hahahah.. Ok lah just nak share, seluar tido for kids ni beli kat Uniqlo.. sukaaaaa sangat!!! kain dia lembut, warna dia dan corak polkadots tu comel.. Aku belikan yang merah untuk Amaani size S tapi pinggan longgar sikit.. kalau anak korang slim, memang kena alter kecikkan pinggan sikit :)... dan untuk Kasih size L tapi tak pakai lagi.. dah hantar kat Wan mintak tolong kecikkan pinggang.. sedap pakai seluar ni buat duduk rumah.. kalau nak beli pegi lah beli.. selai RM29.90. 

Sekian, thank you.

*baca balik, kopehal pinggan pinggan pinggan? PINGGANG lah.


Love, 
Filla.

No comments: