Wednesday, March 19, 2014

LEECHA SAYANG.

Semalam first time kot Aleesya muntah.. banyak kali pulak tu.. memula muntah yang banyak tu.. pastu phlegm je tapi ni yang aku tak suka.. sebab aku panik.. bila dia muntah benda tu tersekat.. so muka dia pucat sebab tak reti nak keluarkan sendiri.. so kelam kabut aku telangkupkan dia.. pastu tepuk belakang, dan aku bantu keluarkan phlegm tu.. bila dia bernafas baru aku macam phewwwww *lappeluh* pastu dia nangis.. sampai lembik lah dia semalam.. risau betul aku..

Pak Radie keluar sebab Abang Ipar aku ada kat IJN buat minor surgery.. so Pak Radie tido sana.. doakan my BIL cepat sihat ye.. 


Kesian sangat dia semalam.. aku bagi dia susu sekali je kul 11.00 mlm macam tu.. sebab memang confirm dia akan muntah.. laju dia minum.. habis je minum terus muntah.. habis aku kuyup.. tukar baju dia semua.. pastu nangis-nangis aku dukung jelah.. dia tak nak kat bibik pon... pastu dia dah ok.. dia macam blur.. aku dudukkan dia, dia duduk.. aku baringkan dia baring.. senyum tak, nangis pon tak.. huwaa tak suka lah Aleesya buat mama panik.. agaknya dia dah letih sebab muntah je.. so dia macam tak berdaya gitu.. pastu perut dah melengkung.. kurussss je aku tengok anak aku ni.. huwaaaaaaa :(

Aku syak sebab dia selsema haritu.. so now dia keluarkan melalui muntah.. baby kan tak reti.. tu yang aku paling risau.. puluh kali kot aku cakap kat bibik.. aku gi kerja.. tolong jangan tinggalkan dia sendiri.. aku takut nanti kalau tak perasan dia muntah bahaya pulak.. aku call 2-3 kali harini.. bibik cakap Aleesya ok.. makan banyak sampai 2x tambah.. lambat suap nangis.. alahaiii mesti lapar.. semalam air masak tu satu botol air dia kaler pink tu.. laju gila dia sedut.. beteguk-teguk bunyik dia.. sian :(

Aku syak jugak, dia nak ringankan badan supaya cepat boleh belajar berjalan.. hahaha.. tak habis-habis aku ni nak mengesyaki sesuatu je.. hehehe.. take your sweet time lah Leecha.. mama tak kisah pon Leecha nak jalan lambat.. kalau suruh dia jalan, dia marah ok.. hahahha.. so aku malas nak layan.. sukati lah dik, nak jalan, jalan.. nak dudukkkk je, duduk jelah ;)

Ini kena buli.. sian dia, asyik kene buli je.. 

Hati senang, duduk hujung katil.. kaki goyang-goyang.. seram je aku.. 

ramping kan Leecha ni? hahahahha... 

pastu air muka jenis sedih je. hahaha.. 

Cepatlah sihat Leecha... mama risau nak tinggal Leecha kalau mama tak de :(



Love, 
Filla.

4 comments:

Myalycia said...

get well soon leecha..

salwana nordin @ che'wa said...

alahaiii kesian tgk gamba yg last tu..sedih air muka dia..

leecha tetap comel la unty tgk..ni kalo dekat mmg kena gomol je

Anonymous said...

Akak just do a check up skrg baby ni mcm2 penyakit, but insyallah leecha sihat but I insist u do a check up coz my baby mcm tu jugak rupenye kene paru2 berair tapi alhamdulillah cepat detact dapat bg treatment so tak melarat, get well soon leecha Sayang!

mummy_icha said...

Ala Leesya comel... nasib baik filla dah byk experience pasal baby, yela anak ke3... at least tak cuak sangat. Anak saya kalau muntah2 ni biasa, dari baby sampai umur 5 tahun kot, yang tak muntah2, kalau tak asal menangis/batuk2 je gerenti muntah. Kalau time dtg 'mood' muntah2 tu, tiap kali makan/minum mesti muntah, sampai nak kena warded sebab nk masuk air (drip). Kitorg smpai jd tau yg dia dah ok bila dia berak cirit, that means usus dan perut dia dah kerja mcm biasa. Haih 5 tahun kot tido dengan mangkuk muntah. In fact skrg ni dia dah 6 thn pun masih ada mangkuk letak dekat2 sbb suspense bila dia bgn tgh2 mlm & batuk berkahak, nti muntah. Jenuh nk main tukar2 cadar selalu :-) paed kata sbb anak sy ada astma & alah dgn protin haiwan dlm susu formula dia. Tp since 5 thn dia dah x minum susu regularly, pun masih muntah juga. So I guess, dia alah benda lain. Skrg ni kena paksa dia makan kismis & madu tiap pagi, dan sy kena masak evday makanan yg better that processed food, alhamdulillah ada sikit perubahan pd antibody dia & phlegm dah xde.. susah kan nak besarkan anak, sebab tu sy ada dia sorg je buat masa ni... Eh sori terpanjang, tetiba share moment pulak, kihkih...