Tuesday, May 26, 2015

HORMAT ORANG TUA.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Lama betul Kak Pilla menyepikan diri ;)

So harini jom sembang sikit.. gambar ni sekadar nak bagi nampak real sikit bagi salam hihihi..


Semalam lunch hour keluar gi pasar sebab barang basah semua dah habis.. Kelam kabut beli ayam seekor.. "Kak ayam ni potong 16?" Eh mana aku tau potong 16 tu beso mana? hahah dah lama hidup kat dunia pon tak tau potong 16 camana.. "Potong kecik-kecik" itu jelah modal aku dari dulu sampai sekarang.. Nasib abang pasar memahami ;)

Lepas beli ayam pi tengok ikan pulak.. Beli ikan tenggiri 3 potong yang tebal sikit.. sekeping tu belah dua.  So dapat lah 6 keping.. beli ikan sardin 7 ekor ngan ikan kembung 5 ekor.. 3 jenis ikan dah RM34 ke berapa tah... 

Pastu abang jual ikan tu takde jual sotong pulak.. Lari kat abang belah sana pulak.. kutip-kutip sotong pastu suruh dia kira.. "RM13 kak".. bayar dan sumbat barang-barang tadi dalam kereta.. Sambung beli sayur pulak.. amik bunga kantan 1, bendi, bayam, sawi batang putih, sawi bunga kuning, serai 6 batang, kubis suku, carrot 3 batang, tahu 3 keping, taugeh sikit.. total RM15.80 kot macam tu.. 

Ni membeli kat Pasar Presint 8.  Boleh tahan harga.. ramai yang suka beli kat Pasar Borong kat Equine.. aku ni nama je duduk sana, tapi selalu takde masa.. kalau ada masa pon pemalas dia tiada tandingan.. hehehe.. so itulah perbelanjaan zaman sekarang.. kalau orang bujang or hidup berdua jimat jugak lah beli lauk masak nasi.. macam aku ni? satu rumah 6 orang termasuk bibik.. takkan asyik nak makan kat luar? pi kedai mamak breakfast pon kalau makan macam-macam dah dekat rm20 sekali makan.. tu pagi je.. kalau tengahari, malam makan kat luar, seratus dah tentu.. So marilah kita memasak sebab macam Pak Radie pon suka lauk simple.. dia tak suka lauk yang beria-ia sangat.

Oh 2 hari lepas dengar ceramah Ustaz Kazim tentang adab dengan ibu bapa.. Kasih dengan Amaani pon dengar sekali.. Bagus sebenarnya bagi dengar ceramah-ceramah bagaimana kita perlu hormat kedua orang tua kita.. Jangan makan sebelum ayah makan.. Tu namanya takde adab.. But whyyyy? hahahahha.. Ye aku jenis makan bersama-sama tiap kali makan.. semua kene duduk kat meja makan.. Tapi kadang Pak Radie tu lambat sangat hahaha.. aku perot dah bergelodak dah ni.. nanti kalau aku suap dulu dia turun jeling je.. Eh? napa garang sangat ni hahahahah.. tapi lepas dengar ceramah tu timbul kesedaran.. Simbolik sebenarnya tu.. disitulah datang rasa hormat anak-anak kepada bapa mereka.. kita pandang tu remeh je.. tapi percayalah impak dia sangat besar.  so siapa yang jenis suka makan sendiri-sendiri cubalah mulakan makan bersama-sama sekeluarga.. selagi ayah kita tak duduk rasmi, jangan makan dulu.. baru lah anak-anak ada rasa hormat kat bapak mereka.. 

Lagi satu ustaz Kazim kata.. budak-budak sekarang.. melepak dengan kawan-kawan depan rumah.. Ni bapak balik kerja ni naik motor.. parking motor, bukak helmet, amik plastik lauk dalam raga bakul.. jalan lah nak masuk rumah.. Anak pandang sekilas je terus sambung borak dengan kawan-kawan.. Amboi sombong nya.. ni bukan sombong... Ustaz Kazim kata ni TAKDE ADAB nama dia.. apa lah salahnya nampak ayah tu balik, sapa dia.. tegur dia.. bantu dia bawakkan barang-barang masuk rumah.. ni ko pandang je.. lepuk nak? macamana nak didik ni? dari kecik lah kalau nak didik.. bak orang tua-tua kata, nak melentur buluh biar dari rebung.. lembut lagi..

Lagi satu bilik orang tua (mak bapak) jangan sesuka hati keluar masuk ikut suka.. tu TAKDE ADAB nama dia.. benda ni aku dah praktikkan dari dulu.. tapi sebab budak-budak ni kecik lagi so sukati je lah nak masuk bilik pastu siap pakej lompat-lompat atas katil.. Haku ni dahlah pantang sikit orang main-main atas katil terlompat sana sini.. kang berkedut cadar.. kaki kotor.. ai don't like.. Kasih dengan Amaani dengar ceramah tu pastu aku pandang diorang "Dengar tu Ustaz kata? jangan suka hati keluar masuk bilik papa ngan mama.. ustaz kata tu takde adab nama dia".. Ustaz Kazim kata kalau nak masuk boleh.. ketuk dulu, mintak izin nak masuk.  Ye nampak macam kelakar dan macam bagus.. Tapi disitulah datangnya rasa hormat anak-anak kepada kita.. ini antara benda-benda simple je tapi mampu beri impak yang besar untuk didik anak menjadi beradab.. tak salah cuba kan?

Dan-dan lepas tu diorang nak masuk bilik ketuk pintu.. "Assalamualaikummmmmmm.. mama boleh masuk kejap?" hahahah bersopan betul hahahaha.. itulah dia.. zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu.. dah makin ramai yang rosak akhlak.. hisap dadah.. takde pegangan agama yang kuat, dah takde perasaan hormat kepada orang tua.. sampaikan sanggup tampar mak bapak.. tumbuk mak sebab tak bagi duit.. ugut orang tua.. 

Sebab tu ada istilah "Kalau aku tau kau dah besar menyusahkan aku, aku pijak-pijak kau bagi mati masa kecik"  dalam maksudnya tu.. tak susah pun, hormat je... ibu yang mengandungkan kita 9 bulan.. kalau korang rasa mengandungkan korang 9 bulan tu kacang je.. silap tu.. ambik beras 10kg, ikat kat badan, jangan bukak selagi tak cukup 9 bulan.. tak patah pinggang ko tak tau lah aku nak cakap.. tengok seksa ke tidak terlantar atas katil tak boleh makan.. asal makan muntah, makan muntah.. muntah pahit pulak tu.. kepala dan toilet bowl dah jadi kawan baik.. ko rasa sikit sakitnya beranak tu demi nak bagi kau tengok dunia ni.. sakitnya beranak ni tak leh nak cakap.. ibu je yang rasa.. berjaga malam nak menjaga anak, mata dah jadi panda dah.. punyalah sayang, nyamuk sekor pon tak boleh hinggap ni.. 

sudahnya bila dah besar apa jadi? tampar mak? pukul mak? amik duit mak? kedekut dengan mak? kurang ajar dengan mak? takde adab dengan mak? tengking-tengking mak?

Yelah mak ni bukan siapa-siapa pun, syurga je pun ada kat tapak kaki mak. apalah sangat... 




Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)


Love, 
Filla.

7 comments:

Farina said...

zaman sekarang ni, payah nak tengok remaja menghormati orang tua. adab dengan orang tua tu kurang diamalkan dalam diri remaja. dengan ibu bapa pun bercakap dengan kasar but kalau ngan teman wanita, lembut je.. so, hormat la orang tua. info yang baik.

Farina said...

zaman sekarang ni, payah nak tengok remaja menghormati orang tua. adab dengan orang tua tu kurang diamalkan dalam diri remaja. dengan ibu bapa pun bercakap dengan kasar but kalau ngan teman wanita, lembut je.. so, hormat la orang tua. info yang baik.

Anonymous said...

Assalamualaikum. saya suka entry hari ini. Terima kasih.

ibunurin said...

Well said dear

Moon said...

you look gorgeous!
http://harinumunirah.blogspot.com/

Anonymous said...

salam akk..

suka topik ni..hehehehe
sy dah berkahwin 4 tahun, tp baru sekali sy masuk bilik mak/abah mertua sy tu pun baru2 ni sbb mak mertua sy sakit.
sy rasa segan nk masuk.

aweq_dini :)

Unknown said...

The last phrase tho..deep -_-'