Friday, November 13, 2015

DATASTRONGNETWORK

 U-Mobile ni antara Telco yang tengah top kat Malaysia di mana U-Mobile menawarkan data, voice dan messaging services kepada pengguna melalui prepaid, postpaid dan broadband plans.  Boleh nampak peningkatan dia sangat pantas dan meluas.. Even kita boleh beli kat mana-mana 7-Eleven, 99 Speedmart, Giant, Tesco, Sen Heng dan lain-lain.. Mudah nak dapatkan sebab merata-rata ada jual plans nie.  

U-Mobile menawarkan high-speed 3G dan 4G LTE mobile internet kepada pengguna.  Harga pun sangat affordable especially untuk students.. Eh bukan students je.. kalau parents yang rasa macam nak dapatkan phone dan nak cari Telco termurah pun boleh consider U-Mobile sebab murah gila kot.. Korang dah baca kan pasal HERO Postpaid P70 yang 7GB dengan harga RM70 tu.. tambah lagi RM10 boleh share untuk dua orang... kalau ada anak dua orang, boleh bagi anak pakai telefon sorang satu sambil share 7GB.. masing-masing dapat internet.. RM80 untuk dua orang anak.. woww hahaha... bab murah-murah dan jimat ni Ahkak memang suka ;)

 Haritu Kak Pilla dijemput untuk mendengar sendiri kehebatan U-Mobile ni.. Apa lagi laju je dah sampai hehehe... Kagum dengan penerangan yang diberikan dan pencapaian U Mobile Sdn. Bhd.  Walaupun masih baru tetapi semangat mereka untuk memastikan U Mobile menjadi peneraju Telco di Malaysia harus diberi pujian.

Kak Pilla dapat rasakan cara mereka yang menawarkan internet termurah dan mesra pengguna antara salah satu sebab yang menyebabkan mereka semakin terkenal hanya dengan masa yang singkat.  

U Mobile dah announce yang kini mereka telah menambah new 4G LTE sites di seluruh negara.  New sites ni ada banyak location di seluruh Klang Valley, Putrajaya, Seremban, Port Dickson dan Johor Bahru.  Kita boleh enjoy high-speed connectivity dengan kelajuan data sehingga 75Mbps di banyak lokasi dari yang ditawarkan sebelum ni.

 Itulah yang sedang direalisasikan oleh U Mobile! High Speed Internet dan 4G LTE di seluruh lokasi di Malaysia.

 Antara bloggers yang turut hadir untuk sesi briefing :)

 Take a break kejap.. Nah jom jilat screen hahahaha... sedapnyaaaa.. share dengan Kathy licinnnn... 

 Sebelum datang sini dah breakfast dengan Elly, tapi tak boleh tahan.. makan jugak hahaha

Ok meh sambung balik cerita.. Siapa tau pasal Open Signal Apps nie?  Kak Pilla baru tau huahahahaha.. eh tapi i dah download u olls... siapa pakai smartphone silalah download jugak sebab senang nak check Speed Test dan nak check coverage ;)

 Tu hah rupa dia.. sila download.

 Dengan Open Signal korang boleh sentiasa check coverage, boleh find nearest WiFi dan boleh buat speed test.

Apa lagi kelebihan Open Signal? Setiap kali kita gunakan app Open Signal ni, kita akan menyumbang kepada world's biggest coverage crowdsourcing project.  Mereka akan gunakan data yang kita share tu untuk improve kan lagi coverage maps.. Maksudnya setiap kali kita gunakan Open Signal app ni kita juga yang membantu untuk memperbaiki lagi coverage di lokasi tersebut.

 Contoh haritu Kak Pilla lepak kat Starbucks GE Mall dan buka Open Signal app ni.. Dia boleh bagi tau mana lagi tempat yang ada WiFi dan tempat mana yang ada coverage paling bagus ;)

Ni buat speed test kat Danau Kota.. best sangat sebab mana-mana kita pegi pon boleh check dulu kelajuan internet :)

Maksudnya semakin ramai orang guna Open Signal app ni lagi bagus.. Diorang akan collect data setiap kali kita buat speed test tu dan diorang akan perbaiki lagi kelemahan yang ada di lokasi tu..

Pengalaman Kak Pilla menggunakan UMobile ni memang ok sangat.. haritu test 10 hari je.. tapi Kak Pilla decide untuk teruskan pakai sebab takde pulak sangkut-sangkut internet kalau keluar pegi mana-mana... semua tempat Kak Pilla pergi ada je coverage.. Kelajuan internet dengan UMobile pun takde masalah.. Kalau tengah google pun laju je.. FB, IG pun pantas takde loading-loading ;)

Kak Pilla kalau comparekan dengan plan dengan satu lagi Telco yang Kak Pilla tengah guna ni takde perbezaan dari segi kelajuan internet dan coverage.. Cuma telco satu lagi tu under contract dan monthly mahal heheheh... UMobile ni yang termurah lah of course.. So kalau korang boleh consider UMobile sebab harga yang ditawarkan murah dan coverage dan kelajuan internet setanding dengan telco-telco lain.. so why not kita buat pilihan bjak untuk kualiti yang sama?

Visit http://www.u.com.my/4g untuk UMobile 4G LTE coverage ;)




Love, 
Filla.

4 comments:

Ariesha Noorezan said...

menariknyaaaa ^_^

Saffroel said...

Great... Awak nak try ni....

Unknown said...

UMobile sudah semakin lebar sayapnya.. tahniah.. :)

Emaskini said...

Setakat nie tak pernah lagi guna rangkaian u mobile..mcm nak try jek la..hehe