Monday, March 07, 2016

SG. PETANI MEMANG BEST BAQ HANG.

Sila tabah.. gambar banyak hehehehe...

Kali ni Ellfie join exhibition kat Sungai Petani, Kedah pulak.. Aku rasa aku tak pernah jejak kaki lagi ke Kedah.. tapi tak tau lah kalau time kecik-kecik aku pernah pegi.. tapi macam tak pernah je hahaha..

So perasaan agak excited sebab tak pernah pergi.. Kali ni exhibition berlangsung di Village Mall.  Pagi-pagi lagi Wan ngan Atok tolong hantar kat ERL Putrajaya lepas hantar Kasih pegi sekolah.. Aku ni nasib baiklah Wan ngan Atok ada.. bila aku ngan Pak Radie takde, Wan ngan Atok akan tido kat rumah dan tolong hantar dan amik Kasih kat sekolah.. 

Awal pagi pukul 7 dah ada kat sini.. 

 Aku dah lama tak naik ERL / LRT semua ni.. so agak teruja bila tengok sekarang semua orang dah pandai beratur tunggu train.. Sesuatu yang membanggakan.. Tak tau lah sejak bila sebab aku dah lama tak naik.. Tapi dulu seingat aku tak ye.. dulu train datang serbu je terus.. so tepukan gemuruh kepada rakyat Malaysia.. Bukan senang nak mendisiplinkan diri.. pastu naik escalator kat KL Central pun dah macam kat Jepun.. siapa nak cepat memang diorang bagi laluan.. takde lah memasing buat muka derk pastu block orang nak lalu hehehe..

 Sampai awal so mari breakfast dulu kat food court KL Central tu.. Kali ni pergi kitorang berempat je.. Aku, Pak Radie, Peej and Elly... Masa breakfast, husband Elly join breakfast jugak..

 Perjalanan smooth naik ETS ni.. Amik masa lebih kurang 4jam setengah dari KL Central ke Sg. Petani.  Train pun selesa, siap ada cafe kot-kot lapar boleh beli je..

 Baru sampai Station Sg. Petani.. then terus tahan taxi..

 Ramai komen FB Elly suruh try makan kat D'Cherry ni.. Pakcik Teksi tak tau tempat ni.. so kitorang guna Waze je.. dan akhirnya jumpa jugak.. Ajak pakcik teksi join makan ;)

 Dah lah tengah lapar, nampak semua rasa nak order.. Tapi pau tak order.. tapi macam sedap jeeee... heheheh

 Lai Ci Kang.. Lain sangat rupa dia.. rasa ok.. tekak haus dapat hirup ni memang lega.. Kedah panas boleh tahan.. tapi berangin kuat..

 Aku, Elly and Peej order laksa.. Terbaek licin memasing hehehe


 Rasa rojak pulak ;)

Pastu teruskan perjalanan ke El-Zahraa hotel.. walking distance ke Village Mall.. Tapi boleh tahan hazab takde lif huhuhu.. Check-in kejap rehat dan siap-siap ke Village Mall sebab lori dah sampai untuk set up booth.. 

 Kat sini lah kitorang berkampung dari hari Jumaat - Ahad.. 

Settle setup booth kitorang terus menghala ke hotel.. singgah jap kat Old Town makan dulu..
 Eh pitam.. bila bertiga je memang asyik makan je.. Sambil makan boleh jerit Zumba Zumba!!

Balik hotel rehat.. Malam tu Pak Radie keluar makan kat gerai bawah tu.. Ajak Peej lepak bilik aku.. suruh Pak Radie bungkuskan Peej char kuey teow.. 

Esok pepagi dah sampai booth.. Now untuk customer yang shopping kat booth Ellfie during exhibition kita sediakan paperbag ni.. Nampak cantik dan proper sikit bila bergambar dan usung ke sana sini ;)

 First customer yang membawa 'Ong' orang kata lah hahahah.. Dah guna 2 set Ellfie.. So ni datang untuk restock cleanser and toner.. Aku kan suka interview orang hahaha.. So tanyalah feedback guna Ellfie ni.. katanya Alhamdulilah serasi sangat dengan dia.. dulu jerawat penuh kat dahi.. lepas dua kotak clear dah jerawat ;)

Eh Kak Pilla tak leh dengar benda-benda macam ni terus rasa happy sengih je sampai ke petang hahahah.. Yelah bila dapat selesaikan masalah kulit wajah orang dengan produk kita.. mestilah happy :)

 Staff Ellfie di Sg. Petani.. Thanks kat Agent Ellfie yang tolong kita carikan staff ;)

  Paperbag kita khas untuk yang beli Set Serum atau Set Ellfie Essence.. yang beli loose (toner, cleanser, day cream or night cream) kita bagi plastik bag printed tulisan Ellfie..


 Jacket merah ni reader sebenarnya.. Thanks ya datang beli and support Ellfie Beauty ;)

Kitorang ni pagi-pagi dah fikir makan tengahari, malam, makan esok.. hahahaha.. so tengahari pakat makan Nasi Daun Pisang.. Hoi sedapnye..


 Kitorang ni agaknya gembira sebab makan je.. Ada duit je kitorang enjoy makan.. Hilang rasa letih.. Selama kat Sg. Petani ni, dua kali makan nasi daun pisang ;)

Kumpul je lah semua gambar dengan customer.. Tapi perangai masing-masing adalah pemalas ye.. Harap aku je snap gambar.. kalau tak memang takde lah gambar kat booth nie.. Disebabkan hanya mengarapkan ai sorang je.. ini jelah gambar customer yang sempat Kak Pilla snap.. padan muka.  

Kepada customer-customer lain yang datang beli produk Ellfie Beauty tapi gambar you all takde kat sini, mohon maap.. sila salahkan Elly dan Peej muahahahha.. Actually ramai customer baru kat Sg. Petani.. bila customer baru kita agak segan nak ajak bergambar.. sebab orang bukan tau pun kita blogger ke apa kan.. apa hal pulak nak suruh-suruh bergambar... 






Thank you Eira yang turut serta memeriahkan exhibition di Sg. Petani.. dan thank you kepada yang support Ellfie Beauty..

Malam tu dinner kat pizza hut.. Jumpa sekali akak and abang yang stay hotel yang sama masa aku gi Gold Coast.. Dia memang orang Sg. Petani..


 Lama betul tak jumpa.. Lepak borak dinner sama pastu chow sambung buat kerja..

Malam tu lah diorang ajak gi tengok Munafik.. Terpaksa aku ikut.. Dah lah lepas tengok wayang tu kat dalam lif kelakar gila.. orang penuh dalam tu.. Pastu kitorang tahan gelak sebab teringat cerita Munafik part Rahim Razali tu.. Ntah apa-apa tah.. merah-merah muka tahan gelak.. keluar dari lif terduduk-duduk ketawa.. Ngan Pak Radie sekali tak mampu tahan ketawa.. 

Seronok sebab walaupun penat kerja tapi kitorang bekerja dengan gembira ;)

 Ko tengok betapa confident melangkah.. Semangat membara nak ke booth.

 Sebenarnya semangat melangkah sebab nak makan Puri muahahahhahaha.. Eh Chennai Curry House tu sedap gila kot makanan dia.. 

 Mulakan hari dengan bacaan doa setiap pagi semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami di sini..  Alhamdulilah syukur sangat setiap kali join exhibition semua berhasil.. Kadang unexpected sangat.. Tak sangka orang Sg. Petani menerima baik produk Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum..

Ramai yang datang booth kebanyakan dah tau tentang produk sedangkan diorang bukan pembaca blog.. Alhamdulilah..

Tiap kali berjauhan dengan anak-anak mestilah ada rasa rindu.. Tetiba Wan whatsapp gambar ni..

 Eh? Rambut Amaani dah pendek?  Hahahah rupanya Wan potong sikit.. pastu Atok yang sambung.. Atok memang dari muda berbakat potong rambut menurun dari arwah ayah dia (Atok aku).. dan aku rasa menurun jugak kat aku muahahahha.. rambut diorang bertiga memang aku je yang potong.. cuma kasih dah besar ni boleh lah gi kedai potong.. dulu semua menangis tak nak potong kat kedai.. nak mama jugak yang potong.. 
Tok Rosli and Auntie Bitah belanja Pizza.. Eish manja betul Aleesya dengan Tok Rosli.. Wan citer.. siap kiss-kiss pipi.. Tanak makan.. nak Tok Rosli je suap.. hahahah memang tak malu betul hhahhaha

 Bila Eira datang je berderet siap buat barisan nak amik gambar... dah alang-alang bergambar, terbeli jugak Ellfie.. cuba dulu baru tauuuuuu kesan dia ;)


 Petang kitorang balik hotel rehat jap.. Pastu kesian tengok Peej kaki bengkak sebab banyak berjalan dan letih sikit kot.. So Elly kata biarkan Peej rehat tidur.. kita gi berdua je.. 

Tapi rugi Peej tak datang.. malam tu Sis Elly jadi pakar urut hahahahahah

 Tetiba je kecoh-kecoh depan booth Ellfie.. ingatkan apa.. rupanya adik yang nak masuk contest ni kaki cramp.. tetiba je Elly datang menyelamatkan.. muahahahhaahha.. ko tengok gaya dia.. 

 Serba boleh Elly ni.. don't play-play ok..

 Pastu suruh dia duduk kejap.. kaki dia sakit tak habis lagi.. sampai jari kaki dia bengkok sebab cramp.  Pak Radie pulak tolong.. Aku tau Pak Radie dari zaman camping bawak budak sekolah keluar masuk hutan memang orang selalu refer kat dia kalau ada budak kaki cramp.  So i bagi chance lah dia menyelemat.. Tapi cekak pinggang gak lah.. jangan lebih-lebih yerrrrrr hahahaha..

 Pertandingan Ratu Muslimah katanyaaa..

 Ok ni pemenangnya.. siap ada sesi soal jawab.. adik ni terserlah sebab lancar jawapan dia.. kain dia dasyat sangat ni..

  Lelaki pompuan semua beratur nak bergambar.. Kitorang bertiga tengok je sambil menguap hahahah.. takde ke nak amik gambar dengan kita? hahahahah

Balik tu dah nak sampai call Peej suruh turun.. kitorang gi makan kat gerai char kuey teow.. 

Ini keesokan hari pulak.. Last day hari Ahad pakai uniform baru.. Baju Peej tak sempat siap lagi.. Kalau semua pakai ni lagi best..

 Ini lagi sekali yessszaaaa sedap ok.

 Balik ke booth tengok ada makanan.. wow ada orang hantar.. thank you kepada yang hantar Dominos ya..

 Petang tu salah seorang Agent Penang datang.. Mema now preggy so dia tak dapat bukak booth.. Ni antara agent kita yang selalu bukak booth Ellfie kat Penang jugak.. thanks for coming Mema ;)


 Kitorang tak pernah anggap diri kitorang ni founder ke boss ke.. Kitorang sentiasa bangga untuk turun sendiri join menaikkan sales di semua booth.. Satu kepuasan bila dapat bukak booth sendiri dan sentiasa ada kat booth.. bekerja sekali dengan staff-staff part time.. 

 Semoga bertemu lagi di next exhibition.. InshaAllah next bulan April di MAEPS, Bangi.. Phew lega dekat sikit ahhahahahaha..

 Nilah restoran kami setiap pagi.. Transport takde so bersyukur sangat ada tempat makan best kat area Village Mall hehehe

Pagi Isnin bangun awal pack and check out terus.. menuju station ETS Sg. Petani.

Bye, Sungai Petani.. Seronok berniaga dan berjumpa dengan orang Sg. Petani.. duduk sana 4-5 hari Kak Pilla dah boleh cakap Utara dah sikit-sikit hehehehhe.. Mai kakkkk, singgah kak.. Amboi, segok ni pakai Ellfie ka? muahhahaha


Sebelum menutup entry ni.. Ada testi sikit nak share.. semua dari customer yang ada masalah jerawat ;)

Ini dari agent Ellfie dan agent Fame.. customer yang beli dari dia yang share ni.. Memang puas hati sangat kata dia... nampak bersih sekata kulit dah sihat.. 
Ini customer yang beli direct dengan HQ.. Masa memula tu (minggu pertama) adik ni asyik whatsapp cakap kenapa tak ok? kenapa tak surut-surut jerawat?.. Kitorang suruh dia bersabar.. kalau masalah jerawat yang teruk, kena amik masa sikit.. at least sebulan.. tak boleh lah sekelip mata terus hilang semua jerawat.. 

Minggu ketiga adik ni whatsapp balik gambar dia.. hehehehe.. Dia happy sebab dalam 3 minggu kecut semua jerawat dia.. takde nanah-nanah dah.. merah pun beransur hilang.. teruskan je pakai ye dik.. 

Kalau you all nak cuba sendiri boleh jugak.. Produk Ellfie bukan untuk masalah jerawat je.. Kulit kusam pun bagus pakai Ellfie Essence sebab produk ni bantu untuk sekatakan kulit wajah.. kalau pori jenis besar pun elok pakai ni.. pori kak Pilla kat dahi dulu besar kot siap package berminyak dan berjerawat hahahaha.. ramai customer yang takde masalah kulit pun suka pakai Ellfie sebab kulit makin elok.. 

Kalau you all ada anak, anak buah, kawan, sedara mara yang ada masalah jerawat macam gambar kat atas tu boleh suggestkan dia guna Ellfie ok?

Set Ellfie Essence
RM120 (SM)
RM130 (SS)

Set Ellfie Gold Serum
RM130 (SM)
RM140 (SS)

*Free postage*

Whatsapp : 013-2755197



Love, 
Filla.

13 comments:

wanie said...

Hahaha segok yeee kak pilla. Wanie jalan2 jugak dkt situ, nak singgah bergambar dgn kak pilla. Segan pulak. Hee. Nanti datang SP lagi!
Wanie yg duduk SP ni pon baru sekali try Chennai tuh. Rasa macam nak p lagi, dah kak pilla cakap sedap hahah :p

Alin Marlini said...

Alhamdulillah. Tahniah Pila

izzeyda said...

Laa Kak Pila p sg.petani ke? syok tak mai utara? hehehe.. pemenang ratu muslimah tu dari butik sepupu Eyda..

eima said...

tahniah .... semoga terus suksesx

Unknown said...

Wah sis makan kat Cherry Corner. Dekat sangat dah dengan opis saya. Hahaha.

Anonymous said...

wow village mall. trgt dulu time sekolah kt mrsm merbok kalau outing pakcik bus akn bwk pergi giant je. tapi ktorg yg nakal nakal ni cabut pergi village mall. kenangan sgt.

shimahz said...

Wah naik ETS... kena try ni... setiap kali tengok blog Kak Filla ni perut mesti lapar... hahaha!

NorHaFydzah said...

Tak sabar tunggu road tour di kk pula kak filla :) x jual brochure? nak juga booking kalau ada.

deeni said...

Saya pun br 3 minggu try Ellfie. Mmg puas hati la. Ikutkan kulit muka sy selama ni tak xde problem. Tapi awal Jan ari tu tukar produk muka. Rupanya tak serasi. Bis kulit muka jadi kering, gatal dan mengelupas. Pastu tak boleh cuaca panas, mesti pedih. Try ellfie, alhamdulillah serasi. Muka makin ok, xde gatal dan pedih lagi. Yang best dah tak kusam. Next nanti nak try gold serum plak. Keep up the good work filla n team ellfie. Kalau jumpa nanti kita selfie ye. Hihihi

deeni said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kakpilaa.. apa nama kedai nasi daun pisang tu.. cer citer

cikgarang said...

Kak pilla, boleh trus dtg hq x kalo nk beli?

Filla said...

boleh :)