Thursday, December 07, 2017

CARA HIDUP SIHAT DENGAN MARIGOLD PEEL FRESH

Baru-baru ni Kak Pilla rasa bertuah sangat dapat join MARIGOLD PEEL FRESH Daily Fruit Goodness roadshow.  Roadshow kali ni dianjurkan di Angsana Johor Bahru Mall.



Duta MARIGOLD PEEL FRESH, Lisa Surihani sedang bagi penerangan dan cerita tentang experience Lisa dan family tentang Jus Buah-buahan Pasteur No.1 di Malaysia ni.. Jangan memain yer, Kak Pilla memang pasang telinga dengar betul-betul sebab Kak Pilla dah lama mencari jus yang terbaik tanpa gula tambahan di dalam minuman.

Untuk pengetahuan korang, Kak Pilla terus terang, rumah Kak Pilla memang jarang ada buah-buahan segar... Hahhahaha dasar pemalas sangat.. Kalau rajin belilah pisang. hahahhaha.. itu je.. So macamana nak dapatkan khasiat dari buah-buahan kalau jarang beli buah?  Itu yang Kak Pilla jadi excited sangat bila dapat tahu MARIGOLD PEEL FRESH mempunyai 9 regular flavours of Pasteurized Fruit Juice.

9 Perasa tu ialah Orange, Apple, Tropical Mango, Guava, Pink Guava, Mixed Carrot Fruits, Mixed Apple Aloe Vera, Mixed White Grape Aloe Vera and Mixed Blackcurrant Cranberry.  Kesemua juices ini mengandungi Vitamins A,C,E and antioxidants.

Now Kak Pilla tengah cuba untuk consume healthy food and drinks dalam diet harian.  Alhamdulilah dah turun dalam 2kg hahaha.. Tapi sebenarnya lebih kepada nak kekalkan healthy lifestyle jugak.  Kak Pilla cuba untuk kurangkan minuman bergula, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbo dan boleh memudaratkan kesihatan.  

Masa attend Roadshow Kebaikan Buah-buahan ni barulah Kak Pilla tau yang at least kita kena makan buah-buahan at least 2 kali sehari.  Gulp memang tak buat semua tu selama ni.

Bila Kak Pilla dapat tahu MARIGOLD PEEL FRESH juices ni ada keluarkan No Sugar Added range with 6 flavours ni.. Terus melonjak gembira.. Kak Pilla teringin tau nak minum buah-buahan, tapi MALAS gila nak beli buah dan nak blend bagai.. Takde masa ok.. Nak kena keluar gi beli buah lagi.. So senang je sekarang ni.. beli je range yang No Sugar Added by MARIGOLD PEEL FRESH.  Ada perisa Orange, Apple, Mixed Powerberries, Mixed Powerveggies & Fruit, Mixed Fruit & Mangosteen,  and Mixed Kale and Veggie.


with Blogger friends.


with Kathyjem

Ok penat sembang jom tengok dulu apa Kak Pilla buat kat Roadshow ni..

Ada pelbagai games disediakan sepanjang roadshow nie..

 Kita kena timbang supaya sama berat dan balance.  Fuh senang sangat ni hahaha

 Oren bergolek nama the next game nie.. Tapi Kak Pilla kalah teruk.

 Lima kali pukul pon langsung tak masuk dalam lubang tu.. Haihhhhh.. 

 Ok game ni senang.. Just cari 3 buah kat dalam ni.. 

 Hahah senang yeh? Main tipu ni, staff tu tolong Kak Pilla hahahaha

Ok dah penat bermain games ada pulak disediakan minuman..

 Ok nampak tak yang Kak Pilla sambut dari tangan staff tu?  Ni keluaran terbaru MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Mixed Kale & Veggie.  Apaaaaa??? Sayuran dan Buah-buahan with No Added Sugar?? Terbaik untuk orang-orang yang mementingkan cara pemakanan yang healthy.  Kat rumah Kak Pilla majoriti tak makan sayur.. Penat tau ajar semua makan sayur tetap memilih ada certain sayur je diorang makan.  Bagus ada flavour MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Kale & Veggie ni untuk orang yang tak makan sayur dan buah sebab ia diperbuat daripada 17 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran! ;)

Boleh ke nak telan ni?  I'm surprised that rasa dia sedap dan langsung takde rasa sayur ke or rasa yang pelik-pelik.. dan kalau korang minum ada rasa manis sikit tu, itu rasa manis asli dari buah-buahan tu sendiri.. Sebab tu jangka hayat / expiry date setelah kita buka minuman ni agak pendek.  Once open kalau tak habis kena terus refrigerated kan dia.. Letak kat luar lelama di khuatiri akan rosak..

Siapa ada ahli keluarga yang tak makan sayur dan takde masa nak beli buah now we have solution hahahahhahaha.. Hidang je MARIGOLD PEEL FRESH ni hah.. At least 2 servings a day pun dah cukup bagus untuk dapatkan khasiat tu.  Now Mixed Kale & Veggie ni favourite Kak Pilla sebab ianya dari sayuran dan buah-buahan asli ;)

 Bestnya kalau kat rumah ada fridge khas untuk Fruit Juice Kak Pilla muhahahhaha.. Mulai sekarang Kak Pilla dah jadikan rutin, sehari Kak Pilla akan bawak 1 kotak kecil Peel Fresh with no added sugar tu.. Jangan kutuk i tak makan buah lagi lepas ni ok??? I take fruit everyday okkkkk..

Now Kak Pilla akan bawa bekal sehari sekotak Mixed Kale & Veggie.  My current favourite drink :)

 Thanks to MARIGOLD PEEL FRESH and thanks to Lisa Surihani juga sebab bagi detail explanation tentang kebaikan MARIGOLD PEEL FRESH dan kepentingan mengambil buah-buahan setiap hari.

Now takde alasan tak makan buah dan sayur tau.. for more infos jom click fb.com/ilovepeelfresh.my




Love,
Filla.

Wednesday, November 22, 2017

ESOK RESULT UPSR KELUAR.

Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog ni.  Sebenarnya bila dah umur-umur macam ni rasa dah tak tau nak share apa hahaha.. Takut apa kita share tu tak bermanfaat, takut nak merepek hahaha.. Dulu sukati aku lah blog aku hahahaha... Faktor usia mungkin.

So harini curi sedikit masa untuk menulis.  Nak tulis apa lagi? Hari ni nak share pasal debaran menanti keputusan UPSR esok.  Buat masa ni Kak Pilla takde rasa debaran tu.. Maybe malam ni baru terasa debar kot?  


Sekarang ni timbul isu macam-macam tentang cara penyerahan / pemberitahuan result UPSR kat sekolah.. Kementerian Pendidikan dan keluarkan amaran supaya result tidak diumum dan tidak diraikan di Sekolah.  Sebenarnya ramai bertelagah tentang isu ni.. Mana yang ada anak-anak bijak dah tentu tak setuju dengan arahan ni.  "Mereka dah usaha, apa salahnya diraikan di sekolah? Ini untuk menghargai usaha gigih anak-anak bijak tu"

Mana yang anak tak mampu untuk dapat banyak 'A' pulak memang bersetuju dengan arahan Kementerian Pendidikan tu.  Last year ramai kawan Kak Pilla ada anak yang amik UPSR.. Cukuplah tengok ke'stress'an parents ni semua.. Haku pulak jadi stress masa tu.. 

Anak-anak dikumpulkan di dewan, parents menanti di sebelah tepi dewan.. Still boleh eye contact dengan anak... Result pelajar 6A diumum satu persatu.. Nama disebut berkumandang di dalam dewan.. Nama anak yang dapat 6A confirm menangis, melonjak kegembiraan.. Stress berterusan bila sebut nama untuk pelajar 5A.. kemudian 4A.. kemudian 3A.. 

Mentally abused ni.  Eh betul ke ayat tu... Pendapat Kak Pilla majlis macam ni sangat tak sesuai.  Anak kita berperang dengan perasaan masing-masing masa tu.. Kawan satu persatu maju kedepan dengan result cemerlang di tangan.. Awak duduk tercongok tak dipanggil-panggil pun nama.  Mak Ayah duduk tepi tak dapat nak peluk or sokong dia masa tu.. Kita yang melihat usaha gigih anak-anak study siang malam, buat homework menggunung hari-hari.. Perasaan malu dan rendah diri mereka waktu nama tak dipanggil di depan.. Kecewa, hampa dan sedih.  Ok, aku memang orang yang suka sebak dan fikir terlalu mendalam.. Now type ni pun dah sebak.

Masa nama tak dipanggil maybe anak tu dah tunduk tak berani angkat muka.. Please aku tak boleh berdepan dengan situasi macam ni.. Ada yang aku tak pegi sekolah sebab tak sanggup mengadap situasi penuh emosi macam tu.  Cara nak sedapkan hati sendiri "UPSR je punnnn, bukan penentu masa depan pun"  

Kita tak boleh lihat satu sudut sahaja.  Berjaya akademik tak bermaksud berjaya dunia akhirat dah.. Kalau seimbang Alhamdulilah, bonus, sejuk perut ibu mengandung.  Tapi kalau ada kelemahan dari segi akademik kita masih tak tahu apa janji Allah SWT untuk kita.  Yang penting akhlak kena mulia.  Ramai jugak kita dengar anak berjaya akademik, memang bangga..  Tapi ramai juga kita dengar, anak yang tak bijak akademiklah kadang bila kita tua, dialah yang menjaga kita di hari tua.. So janganlah berbelah bagi kasih sayang untuk anak-anak.. 

Sorry melalut sikit.  Kasih Aleeya anak sulung aku.  Biasa sahaja dalam pelajaran.  Kesungguhan tu ada, tapi selalu jugak kecundang.. Banyak kali aku nasihat dah naik berbuih mulut.. Aku selalu kata kat dia "Mama tak kisah apa pun result Kasih, janji Kasih berusaha, mama tak boleh buat apa kalau dah usaha pun result still tak menyebelahi Kasih.. masa masih panjang..ada banyak lagi exam besar lain selepas ni.. result UPSR nak keluar mama redho je apa result Kasih.. kalau tak ok, ada banyak masa untuk Kasih improvekan lagi diri Kasih.. berkawan dengan kawan-kawan yang baik, yang rajin belajar, InshaAllah sikit-sikit akan berjangkit juga ke kita"

Kawan-kawan yang ada anak UPSR tahun ni, selamat berjaya buat anak-anak semua.. Mana yang tak dapat result yang cemerlang, peluk juga lah anak tu.. Kejayaan bukan terletak hanya di kertas, baru 12 tahun lagi pun.. Banyak lagi soal kehidupan yang diorang kena belajar.  As parents, support je anak-anak.

Berbalik kepada isu atas tu tadi.. Kak Pilla sokong je kalau rasa perlu diraikan kejayaan anak-anak yang straight A's ni.. Tak salah pun.. Cuma kalau boleh, janganlah raikan dihadapan anak-anak yang sedang kecewa.  Buatlah di hari lain.. Kumpulkan mereka setelah result semua dah dapat ditangan anak-anak semua.. Biar semua dah balik, then berkumpul dan bergambar lah.. Tak salah kan?

Zaman Kak Pilla dulu, amik result sendiri je kot.. Tak pernah ada mak bapak datang ke sekolah pun.. Dari UPSR sampai ke SPM haku gi sendiri je amik result hahahhahaha... Kewl gila parents dulu-dulu, ahkak suka!!!!! 

Lagi satu nak share, Kak Pilla berkaca mata bila baca penulisan kat bawah ni.. So ni Kak Pilla share, bagus betul penulisan dia... sebak hati keibuan ku..


Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
"Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya. 

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.
Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.
Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

>>>

Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

Ammar Kamilin
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.




Love,
Filla.

Wednesday, October 25, 2017

ISU PANTANG KE TAK BERPANTANG.

Amboi gossip retis plak hahahaa..

Takdelah aku ternampak kat FB pasal isu Amyra Rosli ni kena hentam sebab gaya macam tak berpantang.  

Video yang Amyra Rosli dengan stroller atas belah kiri tu.. Amboi hebatnya orang yang mengecam pon macam kan orang tu takde perasaan je bila baca.

Tapi tulah harapnya artis ni memang dah lali apa orang nak hentam terima jelah dik.. 

Orang dok kecam dia kenapa baru 9 hari macam tu dah berjalan-jalan?  Adoi korang pun, dia gi check up kat sepital je pun siap dia tag location takut orang hentam kot.  Paling dipertikaikan kenapa pakai seluar? Seluar ketat plak tu.. Hahahha aku pun tak pasti, tak boleh yeh??? 

Majoriti komen lah kisah diorang pulak yang pandai berpantang.. 

"saya memang dengan kain batik je 24jam.. dari mula pantang sampai habis pantang"

"saya gi hospital check up pun memang berkain batik je"

"Tu dah jalan laju ke tu? Jaga elok-elok, saya dulu jalan kepit-kepit je"

"Rambut tu kenapa tak ikat tinggi-tinggi???"

Eh matikkkklah nak jawab semua soalan... Elok orang tu sihat boleh meroyan dengan persoalan orang lain hahaha.. Yelah tapi paham jugak ramai yang komen tu akan cakap..

"kitorang sayang awak, sebab tu kitorang tegur"

Amboi dasyat korang punya level sayang retis yeh? hahahahahhahaha... 


Katalah si Amyra ni pakai kain batik gi Prince Court Medical Centre ni.. agak-agak orang komen apa pulak??? 

"kain batik je gi hospital?? pakai lah kain tapi takyahlah kain batik"

"awak tu retis, jagalah penampilan, kang laki carik lain kang"

"akak ni menasihatkan je, sebab akak sayang kat awak"

and list goesssss onnnn and onnnnn.. hahahhaha.. 


Oklah tak yah citer hal orang kita cerita hal kita pulak.. lagi bagus.. Aku dulu berpantang biasa jelah.. Ni nak cerita pengalaman aku pulak.. Masa discharge hospital dulu aku duduk kat wheelchair mohon janganlah aku bertembung dengan orang aku kenal sebab muka aku pon tak muka orang hahahahha.. dengan kembang semangkuk tak surut-surut hahahah.. 

Balik rumah berpantang lah macam orang lain.. PAKAI KAIN BATIK okeh.. Tapi modern, mak mertua jahit pinggang jadi getah dia takut aku berdiri kain aku terlucut kot hahahaha.. Pakai lah segala bengkung tu.. Pakai sendiri.. elok je aku bentang kat lantai pastu aku baring dan aku golekkan diri sendiri atas bengkung sambil mengah-mengah ikat sendiri.. hahahha.. hidup mesti berdikari.

Rasanya dalam seminggu luka jahitan akan pulih.. Kalau nak pakai seluar tak boleh eh??? Apa beza orang pakai kain batik duduk tak rapat dengan orang pakai seluar tapi duduk kepit.. Hahhaha isu yeh?  Bagi aku lah janji ko jaga jahitan luka tu supaya cepat sembuh dan kering.. lepas tu duduk rumah pakai lah kain batik.. kalau keluar aku pon tak reti pakai kain.. Maybe pakai seluar tapi jalan elok-elok lah, jangan lah kau nak berlari ke apa.. Amyra tu pun tau kot apa dia kena buat?

Hahah wow tak habis lagi kisah Amyra.  Rambut ikat tinggi dan ketat tu aku pun buat.. Tapi takde lah sampai 44 hari aku buat camtu.. Masa free hair dulu aku gi checkup bawak baby takde lak aku ikat sanggul tinggi klcc tu muahahahaha...

Aku tak moden yeh, aku sangat ambil kira jugak hal pantang larang berpantang ni.. aku pakai socks dengan selipar.. dan korang percaya atau tak.. orang yang dapat appointment checkup saing dengan aku tu semua lebih kurang aku.. baru sebulan kot bersalin.. Dalam ramai-ramai tu rasanya adalah sorang dua pakai socks.  Orang lain relax je dengan sandal / selipar tak pakai socks.. Amyra Rosli tu tahan jugak lah dia pakai kasut bertutup lah jugak.  Aku siap kerut kening, aku je ke yang berpantang kat sini?????? So bayangkan berapa ramai orang tak peduli pasal pantang ni.. which aku rasa benda-benda penting tu ikut lah jugak demi hari tua.. 

So aku rasa menghentam orang lain dan bandingkan dengan diri kita yang lebih hebat ni memang tak perlulah kot.. Bila kita cakap camni kang, orang akan kata, kita bukan hentam, kita nasihatkan je.. Nasihat dan hentam dua benda berbeza ye.  Mana yang nasihat dengan cara tak menyakitkan hati tu baguslah.. Ni jenis-jenis yang menasihatkan orang tu macam dia lah pakar mengalahkan mak bidan.. hehehehe... 

Tau tak ayat-ayat yang boleh annoyed orang lain?  Ni contoh:

"Elok sangatlah tu.. esok tua baru kau rasa"

"Retis macam tulah, mana berpantang, janji stylo"



Senang ikut jelah cara memasing.. Kalau cara korang berpantang macam tu, teruskan lah hingga ke cucu cicit korang macam tu.. Kalau cara dia macam tu biarkan lah dia dengan cara dia.. Jangan suka sangat nak mengecam orang je kerojenya... Sama jugak macam bangsa-bangsa lain ada cara berpantang masing-masing.. ada makanan kesihatan yang diorang makan jugak untuk panaskan badan... Kita tak kata pun kan cara diorang salah.. sebab tu cara dia berpantang..

Positif jelah yer..

Eh membebel pulak.. Jangan kecam Kak Pilla ye, Awas!! 







Love, 
Filla.

Monday, October 23, 2017

KENANGAN DI SABAH

Assalamualaikum..

Dah lama balik dari Sabah dah pun hehehe... Macam biasa busy tahap melampau.  So haritu ada masa resize gambar dan hari ni curi masa update blog.

Haritu flight pagi ke Sabah.  So berjanji kat KLIA dengan Elly and Peej.  Aku and Pak Radie macam biasa amik grab je.  Waktu ni hari Jumaat.. kena sampai sana tengahari so ada masa petang untuk set up booth.. Booth kat Mood Republic Sabah pun tak boleh nak set up macam kat KL sebab pempahamlah.. kita naik katebang kan.. mana leh bawak segala meja kiter tu..

Tersampai awal so mari lepak dulu.

Kali ni naik MAS pulak.

Pakai selesa senang nak berlari.. Eh nak lari ko dah kenapa?

 Flight ni aku yang booked.. Tensi je dah kenapa kat seat aku takde tingkap??? 

Banyaklah benda kelakar jadi kat KK ni.. Benci tau dorang asyik kenakan aku je.. Sebab baca kisah aku lupa rumah arwah Atok Sabah hahaha.. Pastu aku cakap lah dulu aku duduk sini (Kepayan) nama tempat tu.. Diorang pandang aku pastu Radie sound "Bukan ni lahhh"

"Ehhhhhh rumah aku dulu, aku taulahhhhhh!!!"

Pastu lalu kat satu flat area Karamunsing tu.. Pak Radie tunjuk "Ni, awak duduk sini dulu"... "Takkkkkkkkk!!! Ni rumah Pakcik Zaki" 

Semua dah bantai kenakan aku.. asal lalu je situ laki Elly mesti ulang dialog aku "Ni rumah Pakcik Zakiiiiiiiiii"

Benci tau... Pastu lalu kat Kg. Air.. (rumah atas air).. aku pun cerita lah..

"Korang, dulu-dulu kawan mak aku duduk sini.. Kalau berak nanti taik jatuh kat laut pastu ikan makan"

Pon kena bahannnnn... Asal lalu sini je diorang ulang dialog aku "Kawan mak aku duduk sini.. berak je taik jatuh, ikan makannnn"

Ko rasa nak lempang tak sekor-sekor?

Pastu dah balik sini Peej tanya.. "ko ni peliklah, dah sampai sabah aritu kenapa tak nak lalu tengok rumah ko duduk dulu ke.. atau mana-mana yang ada kenangan ko"

Huhhhh aku baru cerita pasal rumah pak cik Zaki dengan kisah Kg. Air pun diorang bahan aku tak ingat... Dasyat ni siapa ada dalam group ni memang hati dan jiwa kena kebal dan tabah.. Bab membahan orang no.1.  

Naik satu kereta nak gi Pulau pon sama.. Orang lain akan tanya bahasa-bahasa Sabah yelah nak belajar kan?.. Kitorang tanya "orang Sabah kalau cakap BODOH tu apa?"

"Ohhhh di sini panggil PALUIIII, BABAL"

Dah lah terbahak-bahak semua membahan.. ko la Palui.. Ko babal... macam jilake diorang nie.

Ok sampai je airport kitorang memang dah booked kereta sewa.. So terus amik kereta kat airport dan terus gi Tanjung Aru.

Tanjung Aru ni area laut.. Dulu aku kat Sabah selalulah gi laut ni.. Lagipun aku dulu tadika kat Stella Marris area Tg Aru ni.. Kadang picnic dengan family memang takde tempat lain lah.. ke sini je.. 

Now tanjung Aru banyak tempat makan-makan.. so mari singgah.

Harga meletup kat Tg. Aru ni agak terkejut jugak.  Air ni layer-layer dengan Durian Belanda, Mango, Dragon Fruit dengan Kelapa kot.. Harga berapa yek.. dekat RM20..

Semua orang tau kalau gi Sabah jangan lupa try Sayap Ayam and tongkeng.. Aku tak makan sangat tongkeng.. hehehe.. Radie lagi teruk.. dia langsung tak leh makan tongkeng ayam ni.. 

Service punya lambat rasa nak amukannnn... 


Apa tah lagi lauk.. Makan tak habis coz not nice.. Harga je meletop.

Tengah makan tu.. ada reader datang.. Jom kita bergambar dulu ;)

Ok siang tu melepak kat Mood Republik, Sabah Trade Centre.. siapkan booth dulu baru balik apartment.

Malam keluar lagi carik makan.. Kali ni best :)
Nyammmmmsss.. makan kat mana ni?? Sederet dengan pasar philipine tu tapi ni yang kat depan Promenade hotel tu..

Fuhhhh rumpai ni memang thorbaekkk sedap gila... cukup pedas dan masam

Kalau makan dengan diorang ni memang x reti sikit-sikit.. Makan lah ko sampai sengkak perot..

Dah kenyang jom kita lalu kat Pasar Philipine tu beli Amplang ngan kuih cincin.. Ikan bilis udang kering semua tu nanti kita beli..

Kuih tradisi Sabah.

Pagi dah sampai brief staff dulu..



Thanks orang Sabah yang turun ramai-ramai ke Booth Fame Cosmetics.. Serious ni pertama kali Mood Republic buat kat Sabah, dan ini pertama kali kita menjual di Sabah, so kita tak letak high expectation pun.. 

Tapi Alhamdulilah.. Stok bawak balik tinggal sikit gila.. few codes matte lip cream habis licin hari pertama lagi.. huwahahaha.. tak reti nak agak nak bawak code mana lebih.. Orang sabah memang best.. datang try kat tangan.. ok saya mau ini.. ini apa? oh bb cushion, ok saya mau.. hahah ko tunjuk apa pun semua "saya mau"

Dan paling best bila orang lalu lalang tau pasal Fame and terus berhenti beli. Aku perati je hahahaha.. Tak tau sampai bila kitorang bertiga akan turun meniaga kat booth macam ni.. Kalau tengok booth lain founder takkan datang duduk sama-sama pagi ke malam macam ni ye... Datang turun sejam dua dengan baju lawa sebab founder gitu kannnnn... Kitorang dengan staff sama je, beza kitorang apron merah, staff apron hitam.. hahahahahah..

Well aku suka dan happy turun duduk kat booth.. Tengok meriah orang datang beli Fame pun dah bagi satu kepuasan.. Kadang ramai readers yang datang beli dan nak jumpa dan snap gambar.. so ada rasa bersalah kalau takde kat booth.. Pastu kena serang dengan famous Mua-Mua Sabah pulak.. So rasa berbaloi-baloi duduk kat booth ;)

Booth Selfie kena ada satu heheh

Ni so far colours matte lip cream Fame.. Ada berkenan tak? Meh whatsapp 019-35888139

Ok malam sambung lagi makannnn... 
Ni kat Pasar Phillipine.. Tak sebest yang kat depan Promenade tu... tapi ok lah boleh makan..

Sehari sebelum balik kitorang gi snorkeling kat Pulau Sapi dengan Pulau Manukan.

Ni je sekeping gambar hahaha.. yang lain boleh tahan buruk so tak boleh up hahaha.. Untuk orang nak merasa snorkeling kat KK boleh lah amik package yang siap ada lunch mcm ni.. 

Tapi Pulau dia kurang cantik.. Kalau nak betul-betul cantik ko gi Sipadan je kot.. Tapi oklah dari takde kannn.. 

Malam tu kitorang mencari Ambuyat makanan tradisi Sabah.. Win husband Elly pernah kerja lama kat Brunei so kat Brunei pun makan ambuyat ni.. So semua ok boleh terima makan nie.. 


Peej and Pak Radie first time makan ni.. Ok je diorang telan hahahahaha.. cicah sambal belacan memang ngammm bahhh

Esoknya flight balik KL tengahari.. So itu jelah perjalanan dan pengalaman saya balik ke Kampung Halaman.

Thanks orang-orang Sabah... Sabah BEST!!!



"Tu bukan rumah pilla, tu rumah Pakcik Zaki"

Korang ulang lagi ni siap ye.



Love, 
Filla.

Wednesday, October 04, 2017

AKU URANG SABAH BAHHH..

Zaman dulu-dulu aku pernah kot mention kat blog yang aku ni Sabahan.  Lahir dan membesar di negeri di bawah bayu.

Bangun tidur pagi-pagi subuh waktu matahari nak naik tu dah jadi biasa nampak kelibat puncak gunung kinabalu.  Tapi tak pernah naik pun hehehe.. Beza dengan Pak Radie yang orang Semenanjung tu tapi dah 5-6 kali tawan puncak Kinabalu.  Ingat lagi cita-cita aku dulu nak tawan puncak kinabalu dengan Pak Radie.  Tapi tak kesampaian sebab now pon dah tak seaktif dulu.. Kalau dulu aku suka je outdoor activities ni.. Now aku lagi suka baring terdampar macam ikan paus kat katil heheheh..

So sambung cerita, Sabah ni sangat dekat dihati.. Zaman dulu pernahlah hubungan Semenanjung - Sabah tak berapa baik.. Zaman aku membesar kat sana pulak tu.  Ada gap sikit bila kau orang semenanjung.  Tapi aku pedulik apa aku kecik lagi kot.  

Tapi satulah, walaupun aku anak semenanjung yang lahir dan membesar kat Sabah, percakapan aku tetap Semenanjung.  Padahal kawan sekolah semua orang Sabah.. Kawan-kawan mak aku yang orang Semenanjung tu, anak diorang semua cakap Sabah dah tak cakap semenanjung dah heheheh.. Maybe sebab kat rumah memang cakap macam biasa dengan mama and ayah.. so tak de lah berubah bahasa tu.

Tapi ko jangan, kat sekolah memang aku cakap Sabah.  Heheheheh pengalaman ko lahir dan membesar di negeri orang.  Lepas tu aku selalu confuse aku orang Sabah ke orang KL ke orang Melaka.  Sebab parents aku both asal Melaka.. So aku orang Melaka ke?  Tapi dari form 2 sampai aku kahwin dulu aku duduk Ampang.. So aku orang KL ke?  Atau mana kau lahir so kau orang negeri tu?  Lama juga aku dalam dilema tu hehehhe.. Kalau gi kursus yang dia suruh pecahkan ikut group negeri masing-masing.. Aku confirm akan terbangang-bangang tak tau nak pegi mana.  Benci ye situasi tu.

Kenapa aku lahir dan membesar kat Sabah? Sebab both parents aku kerja kat sana.. So aku adik-beradik semua made in Sabah.  

What is so special about Sabah for me? 

Makanan
Orang sabah ni ada banyak jenis makanan tradisi dia.. Paling terkenal ialah Ambuyat.

-pic googled-
Nah ni gambar Ambuyat.. Diperbuat dari tepung kanji kalau aku tak silap.. so cara makan ialah ko kena tarik dia (macam cheese pizza tu) tarikkkkk pastu gulung-gulung kat chopstick tu.. sampai dia melekat elok bulat kat chopstick tu ko cicah dengan lauk dia.. Lauk wajib tak silap aku kuah asam ada ikan.  Tak tau nama dia.. Pastu tak yah kunyah, ko telan je. Rasa dia tak tau nak cakap.. sebab ko tak kunyah hahahah ko telan je terus.  

Ada banyak gak makanan lain tapi aku pon lupa.. Oh ada satu buah ni aku rasa kat Sabah je ada.. nama dia buah Tarap.

Aku tak sure if buah ni ada kat Semenanjung jugak.. Tapi aku selalu makan buah ni kat Sabah.  Buah ni manissssssss.. dan macam adik beradik cempedak tapi isi dia warna putih ;)


Arwah Atok Sabah

Ye aku memang panggil dia Atok Sabah.  Arwah ni adik beradik kepada Bapak Atok Brahim.. So Bapak sedara Atok Brahim lah.  Atok Braim tu bapak aku ye kalau ada yang tak tau hahaha.. Tapi Arwah Atok Sabah ni jugak ialah Abang Angkat mak aku.  Sebab mak aku ialah anak Cina yang dibagi ke keluarga melayu.  So Arwah mak kepada Atok Sabah yang besarkan mak aku kat Melaka.  So mak aku and bapak aku adalah sedara??? Sedara takde pertalian darah? Ok sooo complicated i don't know... Yang pasti mak aku tu kesayangan Arwah Atok Sabah sebab dia dah lama duduk kat Sabah... setiap bulan dia akan pos surat dan duit kat Mak dia.. Yang jadi tukang baca surat ialah Mak aku hahahha sebab Arwah tu buta hurup.. Nanti dapat duit belanja dari 'abang' dia.. mak aku lah gi kedai runcit cina kat kampung tu beli keperluan harian.. So sangat kesayangan ;)

Arwah Atok Sabah tak kahwin dan dia duduk dengan sorang lagi Atok yang aku panggil Atok Omputeh.  Hahahha... Arwah Atok Omputeh ni memang mat salleh masuk Islam, kalau tak silap Nicholson ke apa nama dia, tapi nama Islam Mohd Nor? Mohd Noh?

Sepanjang kitorang kat Sabah, setiap sabtu or ahad akan ke rumah Arwah bersihkan laman dia.. Habis bintat-bintat aku kene gigit nyamuk.. Asik kena cabut rumput je huwaaaaa.. So aku membesar dengan mencabut rumput setiap weekend dan korbankan darah tiap minggu kena gigit nyamuk.. Rumah arwah ni kat Likas.. and dia buat business printing dulu kat Sabah.. Boleh tahan lah kayo, tapi aku kenal mak and ayah aku langsung tak heran duit dia.. Walaupon orang tohmah macam-macam dulu.  Bapak aku tu lagi lah rajin dan lurus orang dia.. Weekend je habis dia bersihkan satu rumah tu.. So aku tersangatlah sayang kat Arwah Atok Sabah.. Tapi bila aku nampak Atok Omputeh tu aku takut, nanti dia panggil aku dia spiking.. Eh takuttttt laaaaa hahahaha.. Dahlah pembersih gila mat salleh tu.. aku kalau amik gelas ke basuh gelas ke tak berbunyi langsung.. takutttt.. heheh

Aku habis form 1 kitorang pindah Ampang.. Arwah Atok Sabah orang paling menentang kitorang nak balik duduk Semenanjung.. Walaupun berat rasa hati nak tinggalkan dia dan Sabah, tapi hidup kena teruskan.. Setiap tahun kadang Arwah Atok Sabah bagi duit suruh kitorang balik Sabah.. or dia akan datang KL jumpa kitorang.. Sampailah dia sakit, Atok Braim cuti tanpa gaji untuk jaga Arwah sampai dia meninggal ada kot 3 bulan.  Sampai dia hembuskan nafas terakhir, orang last dia sebut-sebut nama ialah Mak aku.. So sad... nasib sempat datang tengok arwah sebelum meninggal.

So itu kenangan arwah Atok dengan kitorang.. Yang korang dok tengok pinggan potmeirion kat umah Wan tu semua Arwah Atok Sabah punya.. Siap panggil aku dulu, "Kalau atok dah takde, pinggan ni semua kau punya"  Belambak lagi pinggan aku tak tau mana ntah.. bibik dia bungkus bawak balik kot.. Cissssssss..  I miss him.. Al-Fatihah buat Abdullah Baba.

Life
Dah aku membesar kat Sabah kan.. Of course kawan aku semua orang Sabah.  Aku dulu pegi balik sekolah naik truck polis tu.. Jalan kaki dari rumah pegi dewan terbuka tu berkumpul.. Sebelum truck sampai, peluh-peluh main galah panjang heheheh.. Aku suka panjat truck tu paling last supaya aku boleh duduk paling last.. berangin je.. kalau break confirm aku orang first tercampak keluar hahahah.. So aku geram kalau budak-budak ni manja semua tak reti buat.. Aku dulu kecik-kecik semua dah buat sendiri kot?  Mak aku masak, pandailah kau cedok dalam periuk tu makan sendiri.. Takde sapa nak hidang cantik-cantik untuk ko yer.. Beza betul dengan apa yang aku buat sekarang.. Sebab tu budak-budak sekarang banyak lemak.  Haritu aku mengamuk kat rumah bila Kasih cakap nak makan.. Aku suruh dia amik sendiri makanan.. Ko tau dia cedok nasi kat rice cooker tu pakai sudu..  pastu tinggal sudu dalam tu... Memang aku jerit kat situ jugak.. Kau dah tak boleh beza sudu dengan senduk nasik ke apa?  Uihhhhh berbulu jugak Pak Radie dengan aku time tu.. sebab asyik nak marah.. Memang lah aku marah.. Dah besar kot, jgn malas sangat yeh.. main sauk je sudu buat senduk nasi kau dah kenapa?  Pastu aku pekik sekali "Mulai hari ni bangun pagi kemas katil sendiri, siapa tak kemas pagi-pagi siapppppppppppppppppppp!!!!".. tekemut-kemut muka Amaani.. yang kasih apa lagi air terjun la nangis.. Huh. Nak jadi apa anak dara tempat tidur macam kucing beranak???? Uii tu ayat mak aku.. lekat sampai harini dalam kepala otak aku.. well, tiap pagi aku jenguk bilik nasib baik memasing dah pandai kemas.. dia nak tengok aku menjerit macam pompuan gila, dia buatlah tak kemas.. Aku kalau naik hantu lain macam yeh.. dengan bibik pon kena jerit "Bikkkkkkk, mulai hari ni kamu jangan kemas katil budak-budak ni" terkemut-kemut bibik tu.

Sekolah
Sekolah rendah dulu aku belajar kat St. Francis Convent.  Sampai darjah 6.  Sabah ni agama Cristian dia kuat sikit.. So seminggu berapa kali ntah mesti kena nyanyi lagu church tu.. Tapi yang Islam ko berdiri jelah diam-diam situ.. tak yah sibuk nak menyanyi jugak.. Sekolah tu sebelah je dengan church.. Aku turun truck kat luar church tu pastu jalan kaki masuk dalam sekolah.. Ada beberapa kejadian aku kena kejar anjing kat church tu.. Jilake betul.. Macam watson nyambek aku lari.. pucat lesi muka hahahhahaha.. 

Form 1 senyap-senyap mak aku masukkan aku Sekolah Menengah Agama Inanam.. (SEMAI) aku dah tak tau apa nama sekolah tu sekarang.. Fuh sentap gilaaaaaa... Aku takde basic sekolah agama kot??? Aku dari sekolah convent kot.. mak aku nak hantar sekolah agama?  Tapi ko mana boleh protes... Kena pegi jugak.. Bermulalah life aku sebagai budak sekolah agama.. yang keluar kena pakai socks ye.. dahlah aku tak reti buat kerja rumah.. Tetiba basuh baju sendiri? Iron baju? Huwaaaaaa bukan senang yeh.. kena beratur panjang tunggu turn nak iron.  Aku basuh baju pastu dah 3 hari baru ingat kain kat ampai.. tu pun nampak dari jauh "eh macam kenal je baju tu" rupanya baju sendiri.  Orang rendah cadar katil, aku pun sibuk rendam dalam baldi.. Aku rendam sebulan kahkahkah.. baldi bersusun letak luar dorm.. sampai kulat hijau aku buat dek je.. Sampai makcik cleaner yang muka seram tu bertempik kat luar bilik "P*k*m*k mana pengotor rendam cadar sampai berkulat ni?" Dia jerit ya dari luar.. aku senyap jantung pon macam berhenti hahahhaa.. dia campak dengan baldi aku sekali dalam tong sampah hahahahha.. Mampos.

Pegi kantin beli fish ball tuang kuah cili... makan sikit, lebih masuk poket.. habis tumpah kuah lada dalam poket.. OMG selekeh nak mampos.  Aku sorang je kot takde basic bahasa arab atau sekolah agama..  Tapi masa panggil sorang-sorang, aku terpilih masuk Tahfiz.. Tahfiz ke untuk perempuan? Akan dapat elaun tiap-tiap bulan.. Tapi aku kena hafal Quran.. Huwaaaa aku nangis kot tak nak.. hahahaha.. Sebab sehari macam 1 page kena hafal.. Dalam diam aku gi jumpa Ustaz cakap aku tak nak.  Eishhh kalau tak aku ni dah jadi budak hafaz Quran dah.. Bodoh sangat dulu pegi tolak pulak.

Honeymoon
Aku kahwin je, memang aku plan nak honeymoon kat Sabah.  Sebab situlah tempat aku membesar, sangat istimewa dihati aku.. Pak Radie tak leh bantah hahahha.. Aku lupa pulak nama hotel tempat honeymoon tu huahahahhha.. Pastu aku ajak Pak Radie lalu kat rumah Arwah Atok Sabah.. Aku confident cakap kat dia "Pa, nilah rumah arwah Atok.. eh tapi lain dah sebelah rumah dia ni".. Rumah tu dah rumah tinggal ke ada orang sewa tah.. Pastu Pak Radie kerut kening "Macam bukan jeeeee".. Eh melawan pulak dia ni, aku taulah... aku membesar kat sini yer.. Sekali salahhhhhhh!!! Huwaaa bodoh ke apa hahahhaha. Pak Radie yang tunjuk, "bukan tu lah gila, tu hah rumah dia" Rasa nak lempang diri sendiri... Sebab pernah tunjuk gambar rumah tu kat Pak Radie dulu... Mak aku punya terbahak-bahak sampai menangis nak terkencing gelakkan aku bila radie cerita.. Blur nak mampos.

Pastu masa honeymoon tu jugak aku bawak Pak Radie gi kubur Arwah Atok Sabah dengan Arwah Atok Omputeh.  Dia jeling tajam je kat aku.. "Betul ke ni kubur dia?".. Eh aku tampa kang.. Takkan lah kubur atok aku pon aku salah?   Eh tapi berdebar gak takut salah.. Nasib ada batu nisan tulis nama muhahahaha.. Pillllllaaaa why u like this?

Sabahhhhhh sangat istimewa untuk aku dan aku super excited sebab Mood Republik kali ni kitorang decide untuk join yang kat Sabah ni... Rasa nak nangis gembiraaaa!!! 

OMG tak sabar nya nak cakap Sabah sambil jual Fame hahahaha... Buleh bah kalau kauuuuuuu!!!! Cantik bah sama kau kalau pakai Violet.. Kau cuba dulu bah.. Kawan kau ndak mau kah??? Beli la bahhhhh.. Kau beli sepuluh, aku bagi kau diskaun.. Ok ka??? Ya begitula bahhh.. 

OMGGGGGGGGG masih boleh lagi cakap Sabah.. 

See you guys on 7th and 8th Okt at Sabah Trade Centre, KK.



Love, 
Filla.